Pages

Saturday, December 31, 2011

KING IS BACK

Henry is set to re-join the Club he left in 2007 on a two-month loan deal from MLS outfit New York Red Bull



"You cannot put too much pressure on him. He is here to help out, not to suddenly be the leader, the main player in the squad" - Wenger

Saturday, December 24, 2011

Monday, December 12, 2011

Buat kali pertama untuk kali kedua | Pertabalan YDPA ke - XIV | DAULAT TUANKU

Assalamualaikum,

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU

Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia seorang Sultan akan ditabal sebagai Yang Di-Pertuan Agong buat kali kedua. Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (Sultan Kedah) akan ditabalkan menjadi YDPA buat kali kedua pada 14 Disember 2011 bersamaan 18 Muharram 1433. Sultan Kedah juga telah pernah ditabalkan menjadi Yang Di-Pertuan Agong V pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong membaca Watikah Diraja sempena Hari Petabalan Baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong V di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 20 Februaru 1971.


YDPA Sultan Abdul Halim diarak bersama Ratu Elizabeth II dalam kereta roda diraja British ketika membuat lawatan rasmi ke London pada 1974.


Biografi Tuanku:

Seri Paduka Baginda Tuanku Al-Haj Abdul Halim diputerakan di Alor Setar pada 28 November 1927. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah dan menyambung pengajian di Maktab Sultan Abdul Halim. Baginda menyambung lagi pengajian Baginda ke United Kingdom pada 1949 dan pada tahun yang sama Baginda ditabalkan sebagai Raja Muda. Selepas menamatkan kursus persediaan, Baginda diterima masuk ke Wadham Collage dalam bidang Sains Sosial dan pentadbiran awam. Pada tahun 1955 Baginda kembali ke tanah air dan berkhidmat dengan Pejabat Daerah Alor Setar dan seterusnya Perbendaharaan Negeri.

Pada 1956, Seri Paduka Banginda Tuanku AlHaj Abdul Halim berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Tahun 1957, Baginda dilantik sebagai Pemangku Sultan Kedah dan menaiki takhta kerajaan negeri Kedah pada tahun berikutnya dengan kemangkatan ayahanda baginda. Seri Paduka Baginda ditabal secara rasmi sebagai Sultan Kedah ke-27 pada 20 Februari 1959.Baginda ditabal sebagai Yang Di-Pertuan Agong V pada 1970 sehingga 1975.



Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah

Kepada


SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Dan

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUANKU HAJAH HAMINAH

Sempena

PERLANTIKAN SEBAGAI
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV


Semoga Allah S.W.T. Memberkati Pemerintahan Tuanku


DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU

*Gambar dan semua info dari Google


Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum.

AidilFitri sudah AidilAdha pon sudah. Hari ini tiba Awal Muharam 1433 bagi kalendar Islam. Harap dengan berakhirnya tahun 1432 kita dapat mengakhirkanya dengan doa akhir tahun dan menyambut kedatangan tahun baru kita dapat menyambutnya dengan bacaan doa awal tahun Insyallah. Semoga apa yang berlaku pada tahun 1432 memperoleh berkat dan diharap kedatangan 1433 akan menambah keberkatan dalam apa perbuatan yang kita lakukan. Insyallah.


SALAM MAAL HIJRAH 1433


Saturday, November 5, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1432

Assalamualaikum

AidilAdha adalah perayaan yang istemewa kerana ia merupakan hari untuk umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t

Amalam kebiasaan yang dilakukan pada Hari Raya AidilAdha atau Hari Raya Korban ia melakukan alaman korban. Maksud korban dari segi istilah ialah menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Berdasarkan sebuah hadis yang diterjemahkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud:

"Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya AidilAdha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Sama-sama kita memperbanyakkan Takbir di Hari Raya.



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1432
SELAMAT HARI RAYA KORBAN 1432
SELAMAT HARI RAYA HAJI 1432


Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #4



Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs In memory


Apple has lost a visionary and creative genius, and the has lost an amazing human being. Those of us who have been fortunate enough to know and work with Steve has lost a dear friend, and an inspiring mentor. Steve leaves behind the company that only he could have built, and his spirit will forever be the foundation of Apple.

Steve Jobs
1955-2011


Wednesday, October 5, 2011

Bukan 5 tapi 4S

Assalamualaikum

Ia baru tapi bukan pada design. Ia adalah iPhone 4S. Banyak khabar angin kata iPhone 5. Puihh. Hampa pandai2.

Yang terbaru pada iPhone 4S: Dual-core A5 chip, 8MP camera dengan rakaman video 1080p HD, iOS5, iCloud dan Introducing Siri.



Ia ternyata berbeza. Yang ini lagi bikin berkenan di hati.

Introducing Siri


Aku bukan semua tau. Klik kalau nak tau lebih lanjut tentang iPhone 4S. Baca komen ramai orang kata Tim Cook present tak sehebat Steve Jobs. Apa pon thumbs Up untuk Apple.

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #3


This is abroad's boy


Friday, September 16, 2011

UNDILAH

Assalamualaikum



ISA sudah dimansuhkan. Saya sayang negara saya MALAYSIA tapi mengharapkan REVOLUSI dalam sistem pemerintahan. UNDILAH jangan tido.

Friday, September 9, 2011

RWC 2011

Assalamualaikum

Negara digemparkan dengan berita pengguna prepaid akan dikenakan cukai 6% setiap kali tambah nilai dilakukan. Ini menjadikan kerajaan makin menindas rakyat. Tapi bukan itu persoalan yang mahu dibangkitkan. Cilaka sungguh.

Ini baru isu yang mahu dicoretkan. Muliaina, Carter, Habana, Wilkinson, antara nama gah dalam dunia ragbi. Yang tidak pernah bergelumang dalam dunia sukan bola bujur mungkin belum tahun kehebatan mereka. Ini peluang anda untuk mengenali mereka. Rugby World Cup (RWC) 2011 is coming today. New Zealand selaku tuan rumah tahun ini "mungkin" akan berusaha untuk menjulang Piala (The Webb Ellis Cup) di laman sendiri. 20 pasukan akan berentap menjulang piala berprestij dalam sukan ragbi di dunia. Perlawanan akan berlansung pada 9 september hingga 23 oktober. Perlawanan pembukaan diantara NZ bertemu Tonga yang dijangka dijalankan di Eden Park, Auckland pada jam 16:30 (waktu Malaysia).


20 pasukan akan berentap





 The Webb Ellis Cup

Layari : http://www.rugbyworldcup.com/ untuk jadual perlawanan dan info mengenai RWC 2011


p/s: Farhan Khairi kata SixStep. Jangan terpedaya dengan konfidennya. Sidestep Ok.


Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday #2


Makan celah lorong harganya RM 9.60 saja. Belum minumnya lagi.

Sunday, August 28, 2011

Salam AidilFitri 1432

Assalamualaikum

Firman Allah SWT, "Dan bersegaralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada
surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik diwaktu lapang mahupon sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan". (Ali Imran [3]:133-134)

Sebagaimana firman Allah SWT " dan pemaafan kamu itu lebih dekat kepada takwa (Al-Baqarah [2]: 237

Sempena kedatangan Syawal yang bakal mengunjung tiba. Saya Mohammad Ruzaini b. Zainol dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari ingin memohon MAAF atas jutaan dan segala salah dan silap saya tak kira dalam percakapan, perbuatan, penglihatan, pendengaran dan lain-lain dalam persahabatan kita selama ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Kita manusia tidak terlepas dari melakukan dosa. Harap dengan itu kalian dapat memaafkan kesalahan saya selama ini dan memberi peluang untuk saya memperbaikan keburukan dalam diri saya. Insyallah.

Memutus tali silaturrahim itu adalah haram dan sangat dibenci oleh Allah. Maka menyambung dan memelihara adalah satu keharusan dan hukumnya Wajib.

Khas untuk tatapan:


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

HAPPY EID UL-FITR

Terasa Ramadan berlalu begitu pantas dan merakan yang belum cukup beribadah dan banyak membiarkan peluang yang ada untuk beribadah kepadaNya pada bulan Ramadan ini. Berharap agar dengan izin Allah dapat untuk kita bertemu kembali dengan Ramadan 1433. Insyallah.




Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #1




Thursday, August 18, 2011

Farewell Cesc

Assalamualaikum.

Akhirnya desas-desus permindahan Cesc Fabregas ke Barca telah dipersetujui oleh ke dua-dua pihak dengan yuran permindahan sebanyak 39.5 juta pound untuk Barcalona mendapatkan khidmat permian tengah Arsenal itu bermula Ogos 2011. Cesc juga sanggup menggunakan wang poketnya sendiri sebanyak 900,000 pound yang akan dibayar olehnya melalui potongan gaji. Benak jugak dia. Permindahan ini ditandatangani kontrak selama 5 tahun.

Fabregas menyertai Arsenal dari kelab Barcalona pada Sep 2003 semasa berumur 16 tahun. Mungkin kedatangan beliau ke Arsenal hanyalah untuk meningkatkan mutu permainan beliau kerana mungkin beliau percaya bahawa Arsene Wenger dapat meningkatkan mutu dan gaya permainannya. Setelah mendapat apa yang beliau kehendaki, beliau mahu meneruskan karier bola sepaknya di kelab lamanya, Barcalona.

Gambar ketika Fabregas memulakan kariernya di Barcalona.


Kedatanagan beliau ke Arsenal pada 2003 telah membawa impak yang besar untuk pasukan


Setelah 8 tahun menabur bakti di Arsenal dia secara rasminya telah menandatangani kontrak baru bersama pasukan lamanya, Barcalona. Fabregas akan menyarung jersi No 4


Di Arsenal Fabregas telah melakukan 303 penampilan, 57 gol dalam semua pertandingan. Semalam di Barca beliau hanya memerlukan penampilan 20 minit akhir bertemu Real Madrid untuk menjulang piala pertamanya di Camp Nou.

Emmanuel Eboue juga telah menandatangani kontrak barunya bersama Galatasaray


Sunday, July 31, 2011

Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan 1432

Assalamualaikum

Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan

Kedatanganya dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam, pemergiannya ditangisi oleh para sahabat dan orang-orang mukmin. Ia adalah bulan Ramadhan. Alhamdulillah, esok bermula 1 Ramadan 1432. Semoga sempat untuk menghabiskan Ramadan kali ini dengan sebaik mungkin sebagai seorang hamba Allah yang patuh perintahnya. Insyallah

Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia. Banyak ganjaran daripada Allah S.W.T dapat diperoleh daripada bulan ini. Antaranya, segala amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipat gandakan, syaitan diikat, semua pintu syurga akan dibuka dan pintu neraka akan ditutup, terdapat satu malam iaitu malam Lailatul Qadar iaitu bersamaan seribu bulan dan banyak lagi. Peristiwa penting juga pernah belaku pada bulan Ramadan antaranya diturunkan Al-Quran (Nuzul Al-Quran) dan juga Perang Badar Kubra.

Umat islam di WAJIBkan berpuasa selama 30 hari pada bulan Ramadan, sembahyang terawih, memperbanyakan amalan-amalan sunat, membaca Al-Quran, mengingati Allah dan meninggalkan perkara-perkara yang dapat mengurangkan pahala puasa. Jadikan puasa bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi berpuasa dari semua perkara-perkara yang tidak memberi ganjaran dan pahala. Tinggalkan bersembang kosong, gossip, mengumpat, memfitnah, mendengar perkara-perkara yang tidak berfaedah, melihat pandangan tidak elok dan lain-lain.

Rancang yang terbaik untuk Ramadan kali ini untuk anda. Pastikan Ramadan kali ini lebih baik daripada Ramadan sebelum ini. Kaut segala peluang yang diberikan oleh Allah kepada umatnya. Jadikan Ramadan ini yang terbaik untuk diri anda dan lakukan ibadah dan amalan-amalan secukupnya untuk diri anda umpama tidak bertemu lagi Ramadan selepas ini.

bervideo sebelum Ramadhan



Jangan jadikan Ramadhan sebagai bulan pesta makanan



Video dan info : http://www.productiveramadan.com/

Saya bukan Ustaz dan juga tak terlepas dari melakukan dosa. Tapi ini hanya sekadar untuk berkongsi. Orang putih said "sharing is caring". Ini juga sebagai pesanan kepada diri saya sendiri. Memohon maaf kepada rakan -rakan sekiranya pernah "ter"buat salah sebelum ini, harap dimaafkan sebelum memohon keampunan daripada ALLAH. Terima Kasih sudi membaca. Selesai berpuasa kita sambut raya.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432


Wednesday, July 20, 2011

4-0

Assalamualaikum

Hari tu dah bagi tau nak post pasal friendly Malaysia XI vs Arsenal. Cerita lama tapi baru nak post. Orang sibuk biasa la. 13 Julai 2011 mungkin hari bersejarah aku pasal dapat tengak game Arsenal secara live. Bukan di depan kaca TV tapi di depan mata sendiri di Stadium Bukit Jalil. Aku pergi sebagai penyokong Arsenal. Walaupun Arsenal menentang Malaysia, tapi Malaysia tetap di hati. Arsenal pon di hati jugak.

Arsenal memenangi perlawanan tersebut dengan empat jaringan berbalas kosong.

06' - A.Ramsey (P)
37' - T.Walcott
59' - C.Vela
90' - T.Rosicky







Arsenal FC



Penyokong Arsenal


Ini mungkin satu sejarah dalam hidup. Ada rezki ke Emirates pulak lepas ini. Insyallah. Mengharapkan Arsenal bakal menjulang piala untuk musim 2011/12 kali ini.

Khamis ini team Malaysia skuad olimpik akan bertemu Chelsea FC di Bukit Jalil. Mendoakan agar skuad Malaysia berjaya mengekang kemaraan CFC.

Saturday, July 16, 2011

Go Tigers

Assalamualaikum.

Sebulan lebih rasanya tak berpeluang nak update entry baru. Kali ini rasanya diberi kesempatan untuk berbuat demikian. Seperti biasa tiada entry menarik. Kali ini cuma nak tunjukkan rasa semangat aku kepada pasukan Harimau Malaya untuk menentang antara pasukan pilihan dalam Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC. Kedatanagn Liverpool FC di Malaysia adalah untuk melengkapkan siri jelajah asia 2011.

Diharapankan pasukan Harimau Malaya tidak berputus asa untuk menentang Liverpool FC. Jadikan kekalahan ke atas Arsenal FC 4-0 sebagai pembakar semangat untuk menentang habis-habisan LFC pada petang ini jam 05:45(waktu tempatan). Kedatangan Arsenal FC pada 12 & 13 julai 2011 juga adalah sebagai siri jelajah asia 2011. Arsenal FC juga akan menentang Hangzhou Greentown petang ini jam 12:30(waktu UK). I'm a GOONERS. Tak salah nak cerita sikit kan. Menang 4-0 kot. Hahahaha

Kalah menang adat permainan. Apa pon ini lagu khas untuk HARIMAU MALAYA. By hitz.fm Morning Crew Parody - Hitam Kuning (Go Tigers)



Hitam Kuning, Hitam Kuning, Hitam Kuning. Go TIGERS. Semoga berjaya skuad HARIMAU MALAYA.

p/s: Entry lepas ni pasal game Arsenal FC la. 4-0 kot. Hahahahaha

Wednesday, May 25, 2011

Selamat Datang "The Gunners"

Assalamualaikum.
Link
Tahniah Manchester United atas kemenangan menjuarai Liga Perdana Inggeris untuk kali ke 19. Tapi bukan perkara itu yang aku nak bicarakan. Kali ini mengenai Arsenal. Walaupun menamatkan permainan Liga pada tempat ke empat itu tidak jadi persoalan. Yang hendak dikisahkan sekarang adalah dengan kedatang pasukan Arsenal ke Malaysia sempena penjelajahan asia 2011. Ini merupakan kedatangan The Gunners ke Malaysia buat kali keempat selepas kira-kira 12 tahun lalu pada tahun 1999 dan pertama kalinya pada tahun 1968. Pertemuan bakal berlansung pada 13 Julai 2011 di Stadium Bukit Jalil.

Kepada semua peminat, berSEDIAlah kita untuk menjayakannya. Tiket mahai la sikit. Padan la bukan kita nak pi tengak Felda lawan Sabah. Bola Malaysia bukan tak minat, tapi main macam tak semacam main bola.




Arsenal akan menyambut ulangtahun ke 125. Jadi, nantikan jersi baru untuk musim 2o11/12. Lebih mantap dan lebih bertenaga.



ARSENAL AWAY BOYZ - (We Love You) Arsene Wenger



ROCKSTAR!!!

Friday, May 13, 2011

Daulat Tuanku

DAULAT TUANKU



Merafak Sembah Menjunjung Kasih Atas Limpah Perkenan

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGUNG DAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGUNG

Berangkat ke
NEGERI KEDAH DARUL AMAN SEMPENA LAWATAN RASMI PADA 13-15 MEI 2011


Saturday, May 7, 2011

Last Dinner

Assalamualaikum.

Atas sebab kesibukan kebelakangan ini, aku minta maaf atas kelewatan mengupdate event dinner ni. Hampa sibuk boleh aku tak kan tak boleh sibuk sama.

Sebelum exam haritu dah buat BBQ, habis exam dinner pulak. Memanjang buat event bab makan. Apapun ok la jugak kan dari apapun tak buat. Dinner ni mungkin yang terakhir bagi kita (DKM 6A). Belum tentu selepas ini dapat makan-makan ramai macam ni lagi. Hat nu sibuk, hat ni sibuk. Kita merancang Allah yang menentukan.

Banyak makanan malam tu. Ikan siakap, udang tepung, telur dadar, daging masak merah dan lain-lain. Kira berbaloi jugak pasal cuma tambah lima ringgit sahaja. Yang penting kenyang dan puas hati.


Kelantanies. Tp pijie dah KL sekarang. Sorry zul. Hg tak da.

Tiga tahun kita bersama akhirnya berpisah juga. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Semua happy, enjoy.
ROCKSTAR!!!

Layan dulu Hujan. kena ja dengan lirik dia.



Sunday, April 17, 2011

Kite bakor

Assalamualaikum.

Di waktu kesibukan mengulang pelajaran sebab dah tak sampai seminggu lagi nak exam, sempat lagi aku mengikuti BBQ budak kelas baru-baru ini. Bab nak exam tolak tepi dulu. Time macam ni lah orang kata boleh nak release tension. Tak terfikir langsung pasal nak study. Apa pon enjoy join dengan kawan-kawan.

Yang entry sebelum ini yang dok bajet suspen, ini lah sebenarnya.


Bila kata BBQ mesti la buat babar-bakar. Boleh la nak kata sedap dia tu. Tak kan tak sedap pulak kan. Macam-macam ada malam tuh. Ayam, ikan, udang, sosej dll. Nak makan bakar sendiri. Tapi aku bagi ja orang masak. Tak yah nak kalut. Relax sudah.




Nah ambil nak bakaq sendiri sangat. Main saja banyak. Bila sudah besar boleh main api besar. Kalau budak-budak tak boleh la main api besar-besar. Baru lagend orang kata. Apa pon terima kasih buat Wan Z kerana menganjurkan BBQ ini dengan percuma. Sedet pon tak payah bayar. Pi makan sudah. Semua malam tu enjoy makan boleh makan free. Chemey cukup mau.





ROCKSTAR!!!


Saturday, April 16, 2011

Apa?

Assalamualaikum

Apa yang menarik sangat dekat tengah tu? Semua pakat tunggu dekat situ. Nak tahu? Tunggu entry selepas ini.



ROCKSTAR!!!

Sunday, April 3, 2011

Trailer

Assalamualaikum

Menggu lepas aku dah tengak movie Sucker Punch. Not bad la, aku bagi dalam 3 bintang. Mau tak nya yang berlakon semua gadis-gadis. Entry kali ini nak kasi tengak trailer untuk Filem-filem akan datang. Semua ni tersenarai cuma tunggu nak pi tengak sahaja. Chill..

May 2011

1. Fast Five



2. Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides



3. Kung Fu Panda 2



4. Paul




June 2011

1. X-Men - First Class



2. Transformer 3 - Dark of the Moon



Selamat menonton.

Friday, April 1, 2011

Skill temuduga

Assalamualaikum

Erm.. Idea bijak. Tapi memerlukan keberanian yang tinggi. So, tak salah kalau nak mencuba. Kawan-kawan juga menolong masa depat kita. Cubalah~



Saturday, March 26, 2011

Satu Jam sahaja untuk bumi

Assalamualaikum

Jangan lupa malam ini 'Earth Hour 2011' dari 8:30 pm - 9:30 pm. Kita pakat tutup lampu dan barangan-barangan elektrik yang tidak digunakan. Ini adalah untuk kebaikan bumi kita. Dengan itu, kita dapat mengurangkan penggunaan tenaga dan juga dapat mengelakkan masalah rumah hijau. Bumi kita Hak kita. Kalau bukan kita siapa lagi. Untuk lebih lanjut mengenai program ini, layari: http://www.earthhour.org/Homepage.aspx





Monday, March 7, 2011

Selesai sudah

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Huh~ Selesai satu beban. Dari awal sampai akhir memang naik gila nak pikir bab ni. Last-last selesai jugak. Datang saja rabu pagi mesti serabut kepala dok pikir nak buat projek akhir ni. Idea macam-macam ada nak buat, tp semua benda tak boleh pakai. Harap kat Ketua saja la idea dia. Tapi.... Boleh la gagah. Sibuk nak buat projek sampai tak dan nak jumpa penyelia. Lecturer perempuan mula la nak tarik muka. Be professional la puan. Apa pon sorry buat puan. Dalam kumpulan banyak cerita juga. Setiap sorang dok buat buat kepala masing-masing. Biasa la stress memikirkan projek. Kumpulan lain biar depa punya pasai la. Peduli apa. Apa pun terima kasih buat semua ahli kumpulan kerana akhirnya berjaya mencipta "mini buggy". Puuiihhh



kumpulan: saya, nu'aim, choi, apit, zul

Bila ada pertandingan mesti ada pemenangnya. Depa ni relax ja banyak. Buat research bab tayar saja dengar kata. Jadi la kan. Yang lain tak tau la bila depa pikir. Last-last siap. Projek jadi tumpuan orang ramai kot. Ramai dok memuji. Aku buat relax sahaja. Tau semua dah. Masa dapat tau keputusan, depa siap dapat projek terbaik dalam kelas. Kira ok la tuh. Pa nak kata kalu.

The WINNER is



perasaan mereka:


Buat semua kumpulan. Tahniah atas kejayaan anda menyiapkan projek akhir.

DKM6A ROCKSTAR!!