Akhirnya desas-desus permindahan Cesc Fabregas ke Barca telah dipersetujui oleh ke dua-dua pihak dengan yuran permindahan sebanyak 39.5 juta pound untuk Barcalona mendapatkan khidmat permian tengah Arsenal itu bermula Ogos 2011. Cesc juga sanggup menggunakan wang poketnya sendiri sebanyak 900,000 pound yang akan dibayar olehnya melalui potongan gaji. Benak jugak dia. Permindahan ini ditandatangani kontrak selama 5 tahun.
Fabregas menyertai Arsenal dari kelab Barcalona pada Sep 2003 semasa berumur 16 tahun. Mungkin kedatangan beliau ke Arsenal hanyalah untuk meningkatkan mutu permainan beliau kerana mungkin beliau percaya bahawa Arsene Wenger dapat meningkatkan mutu dan gaya permainannya. Setelah mendapat apa yang beliau kehendaki, beliau mahu meneruskan karier bola sepaknya di kelab lamanya, Barcalona.
Gambar ketika Fabregas memulakan kariernya di Barcalona.



Setelah 8 tahun menabur bakti di Arsenal dia secara rasminya telah menandatangani kontrak baru bersama pasukan lamanya, Barcalona. Fabregas akan menyarung jersi No 4



Emmanuel Eboue juga telah menandatangani kontrak barunya bersama Galatasaray
No comments:
Post a Comment