Pages

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum.

AidilFitri sudah AidilAdha pon sudah. Hari ini tiba Awal Muharam 1433 bagi kalendar Islam. Harap dengan berakhirnya tahun 1432 kita dapat mengakhirkanya dengan doa akhir tahun dan menyambut kedatangan tahun baru kita dapat menyambutnya dengan bacaan doa awal tahun Insyallah. Semoga apa yang berlaku pada tahun 1432 memperoleh berkat dan diharap kedatangan 1433 akan menambah keberkatan dalam apa perbuatan yang kita lakukan. Insyallah.


SALAM MAAL HIJRAH 1433


Saturday, November 5, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1432

Assalamualaikum

AidilAdha adalah perayaan yang istemewa kerana ia merupakan hari untuk umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t

Amalam kebiasaan yang dilakukan pada Hari Raya AidilAdha atau Hari Raya Korban ia melakukan alaman korban. Maksud korban dari segi istilah ialah menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Berdasarkan sebuah hadis yang diterjemahkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud:

"Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya AidilAdha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Sama-sama kita memperbanyakkan Takbir di Hari Raya.



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1432
SELAMAT HARI RAYA KORBAN 1432
SELAMAT HARI RAYA HAJI 1432