Pages

Sunday, August 28, 2011

Salam AidilFitri 1432

Assalamualaikum

Firman Allah SWT, "Dan bersegaralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada
surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik diwaktu lapang mahupon sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan". (Ali Imran [3]:133-134)

Sebagaimana firman Allah SWT " dan pemaafan kamu itu lebih dekat kepada takwa (Al-Baqarah [2]: 237

Sempena kedatangan Syawal yang bakal mengunjung tiba. Saya Mohammad Ruzaini b. Zainol dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari ingin memohon MAAF atas jutaan dan segala salah dan silap saya tak kira dalam percakapan, perbuatan, penglihatan, pendengaran dan lain-lain dalam persahabatan kita selama ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Kita manusia tidak terlepas dari melakukan dosa. Harap dengan itu kalian dapat memaafkan kesalahan saya selama ini dan memberi peluang untuk saya memperbaikan keburukan dalam diri saya. Insyallah.

Memutus tali silaturrahim itu adalah haram dan sangat dibenci oleh Allah. Maka menyambung dan memelihara adalah satu keharusan dan hukumnya Wajib.

Khas untuk tatapan:


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

HAPPY EID UL-FITR

Terasa Ramadan berlalu begitu pantas dan merakan yang belum cukup beribadah dan banyak membiarkan peluang yang ada untuk beribadah kepadaNya pada bulan Ramadan ini. Berharap agar dengan izin Allah dapat untuk kita bertemu kembali dengan Ramadan 1433. Insyallah.




Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #1




Thursday, August 18, 2011

Farewell Cesc

Assalamualaikum.

Akhirnya desas-desus permindahan Cesc Fabregas ke Barca telah dipersetujui oleh ke dua-dua pihak dengan yuran permindahan sebanyak 39.5 juta pound untuk Barcalona mendapatkan khidmat permian tengah Arsenal itu bermula Ogos 2011. Cesc juga sanggup menggunakan wang poketnya sendiri sebanyak 900,000 pound yang akan dibayar olehnya melalui potongan gaji. Benak jugak dia. Permindahan ini ditandatangani kontrak selama 5 tahun.

Fabregas menyertai Arsenal dari kelab Barcalona pada Sep 2003 semasa berumur 16 tahun. Mungkin kedatangan beliau ke Arsenal hanyalah untuk meningkatkan mutu permainan beliau kerana mungkin beliau percaya bahawa Arsene Wenger dapat meningkatkan mutu dan gaya permainannya. Setelah mendapat apa yang beliau kehendaki, beliau mahu meneruskan karier bola sepaknya di kelab lamanya, Barcalona.

Gambar ketika Fabregas memulakan kariernya di Barcalona.


Kedatanagan beliau ke Arsenal pada 2003 telah membawa impak yang besar untuk pasukan


Setelah 8 tahun menabur bakti di Arsenal dia secara rasminya telah menandatangani kontrak baru bersama pasukan lamanya, Barcalona. Fabregas akan menyarung jersi No 4


Di Arsenal Fabregas telah melakukan 303 penampilan, 57 gol dalam semua pertandingan. Semalam di Barca beliau hanya memerlukan penampilan 20 minit akhir bertemu Real Madrid untuk menjulang piala pertamanya di Camp Nou.

Emmanuel Eboue juga telah menandatangani kontrak barunya bersama Galatasaray