Pages

Sunday, July 31, 2011

Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan 1432

Assalamualaikum

Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan

Kedatanganya dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam, pemergiannya ditangisi oleh para sahabat dan orang-orang mukmin. Ia adalah bulan Ramadhan. Alhamdulillah, esok bermula 1 Ramadan 1432. Semoga sempat untuk menghabiskan Ramadan kali ini dengan sebaik mungkin sebagai seorang hamba Allah yang patuh perintahnya. Insyallah

Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia. Banyak ganjaran daripada Allah S.W.T dapat diperoleh daripada bulan ini. Antaranya, segala amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipat gandakan, syaitan diikat, semua pintu syurga akan dibuka dan pintu neraka akan ditutup, terdapat satu malam iaitu malam Lailatul Qadar iaitu bersamaan seribu bulan dan banyak lagi. Peristiwa penting juga pernah belaku pada bulan Ramadan antaranya diturunkan Al-Quran (Nuzul Al-Quran) dan juga Perang Badar Kubra.

Umat islam di WAJIBkan berpuasa selama 30 hari pada bulan Ramadan, sembahyang terawih, memperbanyakan amalan-amalan sunat, membaca Al-Quran, mengingati Allah dan meninggalkan perkara-perkara yang dapat mengurangkan pahala puasa. Jadikan puasa bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi berpuasa dari semua perkara-perkara yang tidak memberi ganjaran dan pahala. Tinggalkan bersembang kosong, gossip, mengumpat, memfitnah, mendengar perkara-perkara yang tidak berfaedah, melihat pandangan tidak elok dan lain-lain.

Rancang yang terbaik untuk Ramadan kali ini untuk anda. Pastikan Ramadan kali ini lebih baik daripada Ramadan sebelum ini. Kaut segala peluang yang diberikan oleh Allah kepada umatnya. Jadikan Ramadan ini yang terbaik untuk diri anda dan lakukan ibadah dan amalan-amalan secukupnya untuk diri anda umpama tidak bertemu lagi Ramadan selepas ini.

bervideo sebelum Ramadhan



Jangan jadikan Ramadhan sebagai bulan pesta makanan



Video dan info : http://www.productiveramadan.com/

Saya bukan Ustaz dan juga tak terlepas dari melakukan dosa. Tapi ini hanya sekadar untuk berkongsi. Orang putih said "sharing is caring". Ini juga sebagai pesanan kepada diri saya sendiri. Memohon maaf kepada rakan -rakan sekiranya pernah "ter"buat salah sebelum ini, harap dimaafkan sebelum memohon keampunan daripada ALLAH. Terima Kasih sudi membaca. Selesai berpuasa kita sambut raya.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432


No comments:

Post a Comment