Pages

Monday, December 12, 2011

Buat kali pertama untuk kali kedua | Pertabalan YDPA ke - XIV | DAULAT TUANKU

Assalamualaikum,

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU

Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia seorang Sultan akan ditabal sebagai Yang Di-Pertuan Agong buat kali kedua. Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (Sultan Kedah) akan ditabalkan menjadi YDPA buat kali kedua pada 14 Disember 2011 bersamaan 18 Muharram 1433. Sultan Kedah juga telah pernah ditabalkan menjadi Yang Di-Pertuan Agong V pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong membaca Watikah Diraja sempena Hari Petabalan Baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong V di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 20 Februaru 1971.


YDPA Sultan Abdul Halim diarak bersama Ratu Elizabeth II dalam kereta roda diraja British ketika membuat lawatan rasmi ke London pada 1974.


Biografi Tuanku:

Seri Paduka Baginda Tuanku Al-Haj Abdul Halim diputerakan di Alor Setar pada 28 November 1927. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah dan menyambung pengajian di Maktab Sultan Abdul Halim. Baginda menyambung lagi pengajian Baginda ke United Kingdom pada 1949 dan pada tahun yang sama Baginda ditabalkan sebagai Raja Muda. Selepas menamatkan kursus persediaan, Baginda diterima masuk ke Wadham Collage dalam bidang Sains Sosial dan pentadbiran awam. Pada tahun 1955 Baginda kembali ke tanah air dan berkhidmat dengan Pejabat Daerah Alor Setar dan seterusnya Perbendaharaan Negeri.

Pada 1956, Seri Paduka Banginda Tuanku AlHaj Abdul Halim berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Tahun 1957, Baginda dilantik sebagai Pemangku Sultan Kedah dan menaiki takhta kerajaan negeri Kedah pada tahun berikutnya dengan kemangkatan ayahanda baginda. Seri Paduka Baginda ditabal secara rasmi sebagai Sultan Kedah ke-27 pada 20 Februari 1959.Baginda ditabal sebagai Yang Di-Pertuan Agong V pada 1970 sehingga 1975.



Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah

Kepada


SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Dan

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUANKU HAJAH HAMINAH

Sempena

PERLANTIKAN SEBAGAI
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV


Semoga Allah S.W.T. Memberkati Pemerintahan Tuanku


DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU

*Gambar dan semua info dari Google


No comments:

Post a Comment