Saturday, March 26, 2011
Satu Jam sahaja untuk bumi
Jangan lupa malam ini 'Earth Hour 2011' dari 8:30 pm - 9:30 pm. Kita pakat tutup lampu dan barangan-barangan elektrik yang tidak digunakan. Ini adalah untuk kebaikan bumi kita. Dengan itu, kita dapat mengurangkan penggunaan tenaga dan juga dapat mengelakkan masalah rumah hijau. Bumi kita Hak kita. Kalau bukan kita siapa lagi. Untuk lebih lanjut mengenai program ini, layari: http://www.earthhour.org/Homepage.aspx
Monday, March 7, 2011
Selesai sudah
Assalamualaikum
Alhamdulillah. Huh~ Selesai satu beban. Dari awal sampai akhir memang naik gila nak pikir bab ni. Last-last selesai jugak. Datang saja rabu pagi mesti serabut kepala dok pikir nak buat projek akhir ni. Idea macam-macam ada nak buat, tp semua benda tak boleh pakai. Harap kat Ketua saja la idea dia. Tapi.... Boleh la gagah. Sibuk nak buat projek sampai tak dan nak jumpa penyelia. Lecturer perempuan mula la nak tarik muka. Be professional la puan. Apa pon sorry buat puan. Dalam kumpulan banyak cerita juga. Setiap sorang dok buat buat kepala masing-masing. Biasa la stress memikirkan projek. Kumpulan lain biar depa punya pasai la. Peduli apa. Apa pun terima kasih buat semua ahli kumpulan kerana akhirnya berjaya mencipta "mini buggy". Puuiihhh
The WINNER is
Monday, February 14, 2011
Salam Maulidur Rasul

Hari lahir Nabi memang istimewa, akan tetapi…..
Tentang keistimewaan hari lahir Nabi saw, terdapat hadits shahih dari Abi Qatadah, beliau menceritakan bahwa seorang A’rabi (Badawi) bertanya kepada Rasulullah saw: “Bagaimana penjelasanmu tentang berpuasa di hari Senin? maka Rasulullah saw menjawab, ‘Ia adalah hari aku dilahirkan dan hari diturunkan kepadaku Al-Qur’an” [Syarh Shahih Muslim An-Nawawi 8 / 52]. Hari kelahiran Nabi adalah istimewa berdasarkan hadits tersebut, akan tetapi tidak terdapat dalam hadits tersebut perintah untuk merayakannya. Seandainya kita setuju dengan istilah “merayakan”, maka seharusnya kaum Muslimin merayakannya dengan berpuasa sebagaimana tersurat dalam hadits tersebut. Bukannya merayakan dengan berfoya-foya dan pesta arak-arakan seperti yang kita saksikan saat ini.
